Wednesday, December 10, 2008

enjoy account

aku dah ada junior....hahaha...kira okey la tu kan....tak banyak kisah best time part 2...cuma, aku rasa agak tertekan...ye la bila naik part, rasa macam makin susah belajar...huhuhu...normal la kan. subject paling aku suka, of course mandarin. n aku rasa insyaAllah aku boleh score untuk itu. huhu. lagi ? of course account....hahahaha...tiba-tiba aku suka account...sebabnya ? memang dah jenis aku kot, benda yang orang tak suka tu la aku akan suka n akan aku buktikan bahawa aku boleh dapat A...hahaha...sebabnya most of my classmate hate account...kikikiki....actually account ni tak sesusah yang disangka, perlu banyak latihan datz all....aku rasa lagi enjot study account sebabnya aku boleh study dengan lagu...kalau subject membaca yang lain, aku perlukan ketenangan dan kedamaian....hehe...tapi account yang kami belajar juzt basic je...memang le tak susah nak compare ngan budak account kalah le aku...hehe....
banyak gile nota-nota n latihan-latihan accoun dalam simpanan aku...sumanya kak n punya...jadi rajin la aku buat latihan...gpun practice make perfect n seriously i enjoy doing it...hehehe...alhamdulillah, most of markah yang aku dapat during tez n quiz quite good la...ada yang dapat full mark lagi. berkat aku belajar...Alhamdulillah
tapi....time exam aku tak dapat jawab.....................huhuhu....napeeeeeeeee ??????????? ntah la aku pun tatau la nape...mungkin aku ada melakukan kesilapan yang aku tak sedar...kak n pun tak caya bila aku gtau yang aku tak leh buat....dia kata aku tipu...betul aku tak tipu memang aku tak leh buat...aku kira tak balance pun, aku pun tak mengerti apa yang terjadi pada diriku...huhu....pas exam aku balik bilik terus aku tidur....tensioooonnnnnnnn

Sunday, December 7, 2008

Aku dan roomateku

Semua yang berlaku ada hikmahnya. Ya....semua yang berlaku itu ada himahnya tapi aku aje yang tak nampak. Aku takut juga bila daftar lewat. Yalah aku kan budak baru. So, skema lagi. Hahaha...kalau pendaftaran tu harini, so aku kena buat pendaftaran tu hari ni juga. Tak boleh esok atau lusa.
First thing sebaik sahaja aku sampai kat UiTM aku pergi unit kolej. Tercungap-cungap aku beritahu masalah aku, miss flight. Takut betul aku. Padahal tak ada apa-apa pun. Okey je. Time tu ada sorang akak kat situ. Dia pun baru sampai juga. Tiba-tiba aje dia cakap dengan person in charge tu nak sebilik dengan aku. Dalam hati aku. Matilah aku. Akak ni la yang aku takut sikit ni. Dia senior aku. Aku takut sebab muka akak ni cam serius je. Lagi satu sebab dia ni lah yang panggil aku time practice dikir n suruh aku buat ulang-ulang step tu. Aku memang tak reti buat step tu. Hehe.
Aku ambil semua barang aku dan masuk dalam bilik. Mak aih, banyak gak barang akak ni. Owh, bukan barang dia aje, barang kawan-kawan dia pun ada sekali coz kawan-kawan dia tak dapat hostel. So agak sarat la bilik aku ngan barang-barang aku sendiri yang sememangnya banyak dan barang akak tu juga barang kawan-kawannya.
Sepanjang waktu mengemas tu, aku diam aje. Ye lah aku ni pemalu orangnya. Hahahaha. Sebenarnya bukan pemalu tapi aku takut dengan akak tu. huhuhu. Dah lah dia tu senior aku kan. Pastu kawan-kawan dia lagi, selalu lepak bilik aku. Kawan-kawan dia tu merangkap senior-senioe aku yang aku tak berapa nak kenal. Maklumlah, aku time tu part 2 dorang pula part 4. 2 sem beza. So tak kenal sangat la.
Akhirnya aku dapat suaikan diri dengan roomate aku. Kak N. Now, bagi aku Kak N memang best la. Memang betul-betul kakak yang baik. hehehe. Ambil berat pasal aku dan kami banyak bercerita. Nak-nak dia senior aku, so dah kenal ramai lecturer. Jadi dari situ aku tahu banyak kisah yang berlaku dalam fakulti kami.
Aku realize, tulah hikmahnya aku miss flight. Aku dapat sorang kakak yang penyayang n best gileeeee..........

Air Asia vs MAS

Citer ni sambung dari miss flight....



Bila dah jadi macam tu, aku tak boleh nak salahkan sape-sape. Mak cik aku cakap, dia tak tahu coz dia mana penah naik flight. Penah pun ikut trip. Umrah dulu. Tu pun ikut je arahan orang. Orang suh datang time tu, time tu la dia datang. Mana dia nak tahu kena check in bila. Silap aku juga tak bagitahu. Itulah, kata orang kalau benda dah nak jadi kan. Tak leh nak kata apa la. Hehe. Bila dah habis nangis aku pergi ambil duit. Mujur PTPTN aku ada lagi sikit. Boleh la guna lagi untuk beli tiket baru.
Aku naik tingkat atas kat kaunter. Niat di hati nak beli tiket baru. Tapi kaunter Air Asia cam taderk orang je. Yang ada sorang staff itupun kat kaunter MAS. Aku pun satu gak, p tanya lelaki tu pasal tiket Air Asia. Of course la dia jawab tak tahu. Alang-alang aku dah ada kat situ, aku tanya la sekali about student price. Kena buat kad, ada fee...ape mende ntah lagi. Aku pun dah lupa. Nyampah nye aku kat lelaki tu, perasan hensem gamaknya. Sombong nak mampus. Sorry kasar bahasa aku. Tapi time tu memang aku bengang sangat. Rasa cam nak cincang-cincang aje mamat tu. Mentang-mentang kerja kat MAS bajet bagus la KUNUN. Nak aje aku cakap 'patutlah MAS nak bankrup, gini rupanya cara staf dia melaya customer.' Mentang-mentanglah aku ni student, miskin lagi tu, selamba popeye je buat aku cenggitu. Aku story kat mak cik aku. Mak cik aku diam je. Second time aku naik lagi nak beli tiket Air Asia. Lepas beli, aku suruh mak cik aku tanya kat kaunter MAS tu fasal student card tu. N mak cik aku mengiakan memang staff tu sombong.
Aku rasa macam nak aje transfer. Taknak duduk kat Sabah dah. Penat. Penah dengan duit belanja yang banyak. Aku kesian kat abah aku. Siang malam kerja buat aku dan family. Aku lagilah, untuk flight je dah kena spend RM 600 pergi balik. Huhu. Tapi mak cik aku cakap 'ni dugaan. takkan nak mengalah. Kalau aku transfer maknanya aku tewas. Tewas dengan masalah.' Entahlah. Aku pun tak pasti. Kata mak cik aku lagi, aku kuat. Kuat sebab mak cik aku nak keluarkan duit dia separuh untuk beli tiket baru tapi aku tak nak. Aku ada duit lagi n aku pakai duit aku sendiri.
Aku mesti kuat. Ya....aku akan dapatkan kejayaan untuk mi dan abah aku. InsyaAllah

Miss flight

Nak murah punya pasal. Aku amik flight dari JHB-BKI. TGG-JHB naik bas udah le. Save la kunun2nya. Hehe. Aku pergi JB raya Adiladha. Mean, aku buat kedua kalinya aku tak sempat gak nak raya ngan family. Tapi Raya Aidiladha je, so tak kisah sangat la. Dalam masa yang sama aku nak jumpa kengkawan lama SK Kg Pulai. Rindu seyh. Aku sempat ngan dorang setahun time aku darjah 6. Sampai la umur aku 18 tahun tak jumpa dorang. Ui...rindu usah cakap. Mesti macam-macam cerita ada. Hehe.
Menitis air mata aku bila jumpa ngan Yan. Ya ampun, tak sangka aku dapat jumpa dorang balik. Aku jumpa Yan time tu kat dewan. Kg dorang naik air. Banjir. Hahaha...cian...So dorang diberikan suntikan. Yan ni muka dia sejibik cam muka kazen aku. Kat situ juga aku jumpa ngan Bilah. Dah jadi isteri orang mak cik ni. Haha. Then aku pergi rumah Fizah, Zubaidah, rumah Anis, Rosnah, Rosaini, Cg Hawa. Sukanya aku dapat jumpa dorang balik. Macam-macam cerita yang kami bualkan. Cuma aku sedikit terkilan sebab tak dapat jumpa best fren aku, Ekin. Ekin tak dapat balik coz tiket bas tak de. Nak buat cane tak de rezeki aku nak jumpa dia. Huhu.
Esoknya aku akan balik Sabah. Pagi-pagi lagi mak cik aku kejutkan aku. Mak cik aku cakap 6.30 nak bertolak dari rumah pergi airport. Rumah dengan airport tak jauh pun. Flight aku pukul 7.30. Aku diam je, tak kata apa. Kira okey je la dengan cadangan mak cik yang nak anta aku kat airport pukul 6.30 pagi.
Sampai kat airport aku tengok sekeliling, lengang je...huhu...ada satu kaunter yang dah close. Tapi aku pergi je sana. Peduli la close ke tak. Aku tanya tapi...........aku tak leh check in lagi sebab aku dah lewat..mak........aku rasa macam nak nangis aje. uwaaaaaa.....memang dah nangis pun. Esok pendaftaran start. Aduh camana ni. Aku minta gak ngan akak yang jaga counter tu, n dia cuba call n tanya n keputusannya memang menyedihkan. Tak dapat. Alahai.....sedihnya campur tak tau nak buat apa.

Result...

Alhamdulillah....result aku boleh tahan. Aku dapat DL. Sukanya aku....Most of subject aku dapat A. Kalau nak listdown balik, aku lupa la....huhuhuhu....
Tapi result aku ni buat aku terfikir banyak kali. At first aku nak tukar course, tapi aku realize bila aku dah study n masuk bidang ni aku rasa macam enjoy la plak...hahahaha. nak nak bilaaku dapat DL. Rasa cam sayang la plak kalo nak tukar course. Lagipun aku senang ngan senior-senior aku yang baik n ambil berat tentang kami. We are family. Yes....itu kami. Apa yang berlaku kamu akan hadapi bersama. Hadapi dengan tenang. Paling best, start aku rapat dengan kakak-kakak senior, aku dah tak pernah beli buku rujukan lagi sebabnya semuanya turun temurun dari depa. Hehe. Tu yang best tu. Nanti buku-buku tu aku pulak akan bagi kat adik-adik junior...okey la tu...save budget...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dulu....masa semua kawan-kawan dapat tawaran pergi matrix aku sedih sangat....bila keluar tawaran untuk ke maktab aku lagi sedih sebab aku nak sangat jadi cikgu...tapi aku tak dapat offer tu. Kawan aku dah cakap awal-awal lagi, kalau setakat SPM 5A payah nak dapat offer tu. Dia offer kat budak-budak 8A, 9A, 10A....sedih bila kawan-kawan dah buat preparation untuk sambung belajar. lebih terasa sebab time tu aku join English Class kat Kusza...most of my friend got offer to further their study. Then keluar pula result untuk temuduga untuk kursus-kursus tertentu. Aku pun ada gak apply kursus yang ada temuduga. Sama juga. Tak dapat. Alahai sedihnya. Huhu....n akhirnya keluar keputusan kemasukan ke ipta. Bila check aku dapat tawaran ke UiTM...malas nak cite panjang-panjang pasal ni coz aku pernah story bout that before this.
Teringat lagi, dulu masa kawan-kawan sibuk dengan persiapan masing-masing nak sambung study. Abah cakap kat aku, nanti kalau kena belajar kat Sabah camana ? Jawapan aku, slumber je....naaaaakkkk sangat. boleh naik gunung Kinabalu. Hehe. Tak balik 3 tahun pun tak apa. Uinah slumber badak je jawab. Tak balik 3 tahun tu. Abah aku diam je dengar jawapan aku. Abah aku ni instinct kuat. Huhu.
Then now aku akhirnya berada di Sabah. Negeri bawah bayu. Jauhhhhhh dari keluarga tersayang. Sendiri aku di perantauan. Wah, jiwang karat la pulak. Bulan Ramadhan tiba. Tak terasa sangat, sebabnya aku sibuk dengan tugas-tugas seharian sebagai seorang pelajar. Bz....tak sempat nak pk apa pun. Tapi syahdu juga bila dengar lagu raya.....tapi aku boleh tahan lagi. Kuat semangat kunun. haha.
Hari raya tiba. Aku beraya kat rumah Mus. Tidak sendiri, aku bersama Fatin. Mus dan keluarga pun orang semenanjung. Dah lama stay kat KK. So, hari raya depan kat umah je tak pergi mana-mana. Cumanya diaorang ada buat rumah terbuka la. Okey la juga kan.
Raya pertama. Aku dalam bilik aje. Sedihnya. Tuhan aje yang tahu. Rasa macam nak nangis. Aku call mi n abah aku. Ya ampun....syahdunya. Minta maaf dalam tepon je, dan aku nangis....uwaaa......sedihlah raya tanpa family ni. Huhu. Pagi raya, pak cik kerja. Depa siap-siap pakai baju cantik-cantik. Bersalam-salaman. Lama aku salam mami. Peluk lagi. Menangis aku dalam pelukan mami. Ya ampun.....sedihnya. Lama betul. Fatin je yang happy semacam aku tengok. hahaha...pandai minah ni sorok perasaan. Aku tak boleh la. Padan muka aku, dulu kemain cakap besar. Nak duk kat Sabah 3 tahun tak yah balik-balik. N now, di pagi raya...terkenang daku pada kampung halaman...dan nangis teresak-esak...kikikiki
Aku berkurung dalam bilik. Niat dihati aku tak nak turun. Aku nak tidur je sepanjang hari. Jadi aku takkan terasa apa-apa kan. Tapi, kakak n adik naik suruh aku turun makan. Aku cakap sat g aku turun. Then, Kiza pula naik, panggil aku mami suruh makan dia cakap. Aku jawan. Ok sat g aku turun. Last sekali si fatin naik. Suruh turun dan makan. Dia berdiri depan pintu bilik sampai aku turun. Alahai, ye lah aku mengalah. Aku turun dan makan. Makan pun cam nak tak nak je. Then aku tengok tv. Macam-macam Aznil. Time tu dia artis jemputan Faizal AF. Apa lagi berabis aku ketawa. Lucu la plak dengar Si Faizal ni pekat je loghat dia. hehe....at least dia dah buat aku ketawa di hari raya....

Kenangan Terindah

Kenangan Terindah
Artist:
Samsons

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tleah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu
Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...Kau lah cinta sejati
Ooh...
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Ooh...
Ni lagu favourite Fatin....tiap kali masuk bilik aku mesti mintak aku buku lagu ni...bosan aku...hehehe....sorry ya Fatin aku ni jenis yang tak suka dengar lagu ulang-ulang...nanti aku bosan.,...tapi dah dia suka aku nak kata apa....tapi actually lagu ni okey je...dan yang pasti bila aku dengar lagu ni orang pertama yang aku ingat, sape lagi kalau bukan Fatin.

Friday, November 28, 2008

Happy Birthday


3 hb 8.....aku tampal kat aku punya board ni adalah birthday ARIZA...ARIZA ? sape tu....gambungan nama aku ngan nama orang yang tersayang..ehem2....pakwe punye birthday rupanya...tapi ada cerita lucu berlaku hari ni...hahahaha
Kelas aku ngan fatin tak sama...kami dipecahkan pada 2 group. aku group 1 n dia group 2...gtula lebih kurang aku pun dah lupa...hihihi...n abis je kelas ari ni aku balik hostel. cam biasa la kan...sendiri je jalan kaki. actually nak sambung tidur...ngantuk la..kikikiki...kedapatan kuat tidur...hihi...

on da way aku terserempak ngan mimi, bez fren aku. dia on da way nak g kelas...amoi...rajin dia jalan kaki panjat bukit ye...ni mesti kes malas nak berebut naik bas...tak pun bas lambat lagi..hehe...sebaik je sampai kat aku, dia wish, happy birthday...aku dah bingung-bingung. ingatkan dia gurau. aku cakap, hey ngangau ke apa...birthday aku bukan hari ni la...dia cakap, jangan ingat dia tatau...dia tau la...aku tak kisah sangat sebab mimi ni aku tau dia suka bergurau...kira orait la tu kan.

aku pergi makan kat dining ngan fatin. sampai kat sana terserempak ngan hasna n zurin. kami makan sama-sama. tiba-tiba je fatin cakap, hari ni kita makan dengan birthday girl. aku pun slumber dek je tanya "hari ni birtday sape ?" coz aku memang betul-betul tatau birthday sape ari ni...huhu...si fatin tersenyum-senyum sudah...."ala...buat2 tak tau la pulak. anyway happy birthday." ucapnya.

"eh, mana ada....bukanlah...."

"dah tak yah nak kelentong lagi. orang tau birtday awak tu bila."

then kawan2 aku, hasna n zurin pun turut sama menyucapkan happy birthday buat aku. no komen. aku dah cakap bukan depa tanak percaya. suka hati la..huhu

petang....aku tido. ngantuk lo...huhu.....bila aku bangun n pergi kat meja ada nota. cute. wish happy birthday. berabis aku ketawa. fatin memang dah salah faham. kompom. hari ni bukan birthday aku la....tak pe untuk menghargai dia aku buatkan dia kad thank you. besar juga kad tu. bila buka kad tu berdirilah sebuah rumah. eh sesuai ke perkataan berdiri tu...lantaklah yang penting bila kad tu dibuka rumah tu akan berdiri....huhu...then aku tandatangan sikit kat situ...siap tulis ic number lagi...bukan apa..hint biar dia tau aku tak bohong today is not my birthday...siap highlight lagi. tapi kawan aku ni tak perasan lo...hampeh je....aku pun lupa bila dia tahu aku punya birthday yang betul-betul punya...hahahaha...



ni nota birthday daripada fatin....anyway thanks kerana ada something for me....hehe


luahan hati



sebelum tutup practise untuk dikir, chris nak jumpa kami buat kali terakhir. kali terakhir semasa sesi latihan...pasni nak jumpa boleh aje...p je kelas dia...hehe....nak berbicara dari hati ke hati....dia puji kami nye batch...wa...bangga seyh...n dia tanya kami apa perasaan kami sepanjang dikir ni....he wants us to talk. what ever....dia tanak ada dendam antara kami lepas ni...suma dah luahkan rasa hati sampailah saat aku...sejujurnya aku cakap...aku tension sangat2 especially for the last practises yang sampai aku nangis2 kat toilet...huhuhuhu...n aku tak dapat kawal air mata terus berlari pergi toilet...kat toilet aku dah nangis2 dah...kikikiki...lucu bila ingatkan kenangan tu..my fren kejar...bimbang somtehing happen. when she ask me, aku jawab, aku rasa macam nak bunuh aje chris tu...buat kawan aku tertawa dengan kata-kataku. rupa2nya bukan aku aje, lagi sorang clasmate aku pun lari n nangis kat toilet jugak...la...tertekan juga rupanya dia...hehehe..


aku upload gambar2 dikir kami, yang dulunya tekanan bagiku dan kini ia adalah kenangan paling manis dalam hidup ini... Chris...senior aku part 5...pengajar dikir kami





ni tyme kami practise dikir





rindu saat2 ini.... :)

assingment + kuiz + test + dikir..............argh...aku tension

banyak benda yang aku nak kejar. mana nak setel assingment lagi, mana nak kejar quiz n test....warghhhh.sumenye buat aku tensen...udahlah every nite kami ada latihan dikir. dikir dikir dan dikir. macam tak de kerja nak buat selain dikir. aku rasa la kamn kalo kami study macam kami buat latihan dikir tu kompom kami boleh dapat dl every sem...cayalah...dl seyh..4.00 lagi....tapi masalahnya study aku tak sehebat latihan dikir. so macam mana tu...hahaha...sabo ajelah....
banyak kenangan manis dan pahit sepanjang dikir ni. manisnya ? kami kenal senior kami dan hubungan kami memang rapat gile la...sayang korang. kenangan pahit. sama banyak gak....kami kena marah ngan senior, rasa cam kena buli je....huhuhu....tapi sebenarnya semua kenangan pahit tu akan menjadi kenangan paling indah dalam hidupku bila aku mengenangnya kembali.....alamak ai terjiwang karat la plak..huhu...
pernah ada satu saat, kami practice kat bilik kuliah cluster a. n senior2 part 4 turun nak tengok performance kami. aku akui ada satu step tu yang aku lemah gile....tak reti nak buat. nampak kaku yang amat. hoho...sampaikan ada sorang akak tu panggil aku n suruh buat step tu depan dia. bengangnya aku ngan akak tu...sabo aje la..mentang2 la aku ni junior dia...amboi...sesuka hati sesedap rasa ye...tak pe tak pe...sabooo....huhuhu
sampai satu saat, last day practise, full performance kami kena buat. ya ampun tensennya aku time ni.....itro aje kami dah kena buat ulang2...ya ampun penatnya...ingat kami ni tak der perasaan ke. makin banyak kami ulang, makin lari aku punya step...makin teruk...huhu...sampaikan chris tegur aku, are u okey. aku geleng n jawab no. memang aku tak ok pun. then dia suruh aku keluar dulu dari barisanku n take rest.....elok je dia suruh aku cam tu aku lari p toilet n terus aku menangis...tekanan..senior aku kak gelang ikut aku p toilet. risau dia takut aku macam-macam. ya lah manalah tahu, orang tengah tekanan ni mana tau kan...dia tanya aku kenapa then aku bagitau la yang aku betul betul tensen. mana nak kuiz lagi, test lagi n assingment pun aku belum siap...huhuhuhu....rasa cam nak jerit je....lama dia temankan aku. bagi aku realese sikit...huhu...thanx kak gelang. i love u....hehe

assingment

baru aje part 1, tapi dah ada assingment...hehe...seingat aku ada 3assingment, hospitality, ctu n math. math tu assingmentnya all homework yang sir bagi....tak susah sangat tapi agak susah bagi orang yang langsung tak berikan sepenuh tumpuan time dalam kelas. camana nak bagi tumpuan, lecturer yang mengajar tu cam....sorry...lecturer lagi dipersalahkan. masalahnya bukan aku aje yang bingung-bingung kawan-kawan lai still blur-blur...hoho...
assingment seterusnya ctu n hospitality. asssingment ni ada format n perlu ditaip...alahai cerewet gak kalau setiap detik dan saat tu nak kena ulang kat library. maklumlah aku bukannya ada personal computer kan...huhuhu....then aku ctaw my dad nak beli laptop. b4 diz sebelum further my study here pun, my autie nak ctaw sal laptop tu. so tak de problem sangat coz my dad dah prepare some money for da laptop. yang jadi problemnya aku tatau nak beli kat mana n macam mana. at last, mus ctaw abah dia n kami pergi beli laptop tu kat komplex karamunsing. aku pun tatau nak beli jenis yang macam mana. pusing2 kedai kat situ, ada satu laptop tu yang aku berkenan sangat...sebabnya ? kiut...hehe...kecil n kaler putih...so cute. then aku ctaw pak cik, (abah mus) dia ok je. aku kal abah n tanya, abah aku pun suka hati hang la kalo dah berkenan. so pas belek2 akupun beli la laptop nih, hyundai mylife...hukhuk......
sayang nye kat laptop ni Tuhan je yang tahu, tapi aku ni jenis selambe popeye je bagi kawan-kawan baik aku pinjam. pinjam wat men game. for me its okey. hahaha...tapi juz for bezfren only la. ada kawan aku yang sorang tu siap bawak balik p bilik dia lagik...huhuhu...baik punya orang aku ni. bila dikenang2 balik saat tu, rasa cam mau tergelak pun ada. mana ada orang bagi pinjam laptop sampai cam tuh kat orang lain. mende mahal tu seyh. sampai satu saat, one of my bez fren jugak, men game kat laptop aku n dalam bilik aku. Syok dia men game, then dia nak off. yang buat aku terkujat campur termelenting tuh when dia off laptop aku cenggitu je. i mean just tekan button on off kat laptop tu. amoi senang je. terus aku termarah kat die. sorry dear. aku sayang my laptop ma.....huhuhu.....pas pada tu, my fren tak berani sentuh my laptop aku...huhuhu....pe boleh buat kan, aku sayang ma laptop ku ini....huhuhuu

Tuesday, November 25, 2008

part time at hyat

part time kat hyat ? erm...of course aku nak, bukan apa yang utama aku nak pengalaman...berapa dia nak bayar...aku tak kisah pun, the important things is experience....elok je sir tanya class, aku orang pertama yang confirm nak ikut...hehehe...ala bukan lama pun 2 days only...time tu depa buat function so needs worker la...aku lupa la funtion apa...erm...yang dipertua sabah...tu je yang aku ingat, function lain aku lupa...hihi...bulan 9 lo tak silap..kawan aku cakap sambutan bulan kemerdekaan depa sampai bulan 9 sebab sabah lepas dari penjajah area bulan tu...ayarkkk aku lupa la...sejarah ku ancus...kasi malu saja kan..hehe
dis is my first time jadi runner...bukan waiter taw....runner ni macam....camana mo c terang ea...huhuhu...ok kalo ada function kat hotelh, kami ni as runner yang angkat amik makanan dari belakang bawa p depan kasi pada waiter tu..lebih kurang cenggitu la...suma mangkuk dan segala peralatan tu mak aih..berat nak gile...huhu...sampai ada one of my fren terpecahkan pinggan tu...hahahaha...tataw la depan tetamu ke kat belakang. apa boleh buat berat seyh...hoho... lewat juga function ni abis, tapi sebaik aje abis, suma bunga2 yang depa letak sebagai hiasan dak2 ni kutip buat balik....bunga lawa2 seyh sapa tak nak....fresh lagi....huhuhu....aku pulak sempat curi lilin cake, tapi diberi kebenaran untuk berbuat begitu la so bukan curi la namanya...hehe...elok je sampai hostel, letak kepala kat atas bantal terus aku terlena....penat seyh...........

mandarin

belajar mandarin ?????? beshnye....hehehe...pasnih ley lah speaking mandarin...kunun la...cam la aku terer...kikiki....ala tak terer ni la belajar kan..hehehe...first thing bout mandarin ni, kami kena sediakan baju mandarin...ayark...camana tu, tak kisah la nak wat pattern apa2 pun yang penting kaler merah n kain hitam....second the most important things kami ada latihan dikir...dikir ni akan dipersembahkan time mandarin nite...dan sejak turun temurun, kami adalah juara..DPP alway win ma...suma orang tau dah, kalo mandarin nite, JUARAnya kompom tak len tak bukan DPP la dengan kami punya dikir....wow...interesting kan...bangga seyh...hehe
sepatutnya every nite kami ada practise dikir...senior2 suma dah citer pasal dikir, really enjot n so tired....hahaha...tapi time sem kami tu ada pulak sukan so kami la sebagai adik2 junior diwajibkan berkawad...hoho.....mula2 latihan kawad....every nite, abis je latihan kawad nih, ada latihan dikir plak....huhu...so bila masa nak study ? kikikikiki..tataw la....
cerita pasal kawad, aku sedar la yang kitorang ni tak der la terer sangat sal kawad kawad ni, juz masuk je...hehehe....selalunya kami practice kat kawasan parking kat library, so every nite kurus la kan panjat bukit nak g library...hehe....then ada one day satu group course XXX ni naik kat tempat kami practice...amoi sumbunk a...mentang2 every sem depa juara....sakit nye ati aku...sudah la tu bising lak dorang siap nyanyi2 lagi, kagum tu ada jugak tapi sakit ati melebihi perasaan kagum tu...poyo jew...nak tunjuk bagus depan kami ea...hoho...rasa cam nak gigit2 je depa suma...sabo je la...
baju yang kami pakai time kawad tu baju fakulti kaler biru...uimak cun seyh...usah cakap...harganya pun cun jugak...rm 60...jadi baju kesayangan tu, sebabnya baju kami paling encem...baju aje la, kawadnya...usah cakap...kami bukan pakar on dats field....hihi...
cite pasal kawad la plak...hihi...ok ok balik cite pasal mandarin...abis je latihan kawad ni kami ada latihan dikir, every nite kat jiwang park....hehehe...belakang library, actually taman ilmu bha tu tapi kena panggil jiwang park atau lebih glamour dengan panggilan jp...hehe...
penat usah cakap la...yang mengajar kami senior2 kami jugak, yang paling best hubungan kami ngan senior kamceng seyh....tu yang aku sayang tol ngan dpp nih, kami di ajar untuk menjadi satu keluarga....susah senang kami bersama...n kakak2 n abang2 senior kami yang paling best...forever...serius aku cakap memang take care betul depa ngan adik2 depa nih...hehehe...

sampai puasa kami still berdikir...gile...orang p terawih korang berdikir, kasi malu syak, aku minta permission ngan Chris, senior yang ajar kami start practice after terawih..Alhamdulillah permintaan ditunaikan....mujurlah
si Chris tu memahami...hehehe...

my beloved lecturer ...ding laoshi....i love n miss her so much.....

math

one of subject yang aku amik...biz math....kalo pk pk cam tak related pun ngan tourism kan...tapi bila dihalusinasi, related la jugak...sebabnya tourism ni kan bisnes..so logikla tu belajar bisnes math..related la kan...
first day kelas ada sorang lelaki masuk kelas kami galas beg UiTM..ala2 beg sekolah gitu tapi de tulis UiTM...sekali aku pandang aku ingat kan student baru...slumber je dia masuk..suma kawan2 aku pun still talking lagi, ley wat derk lak time lelaki ni masuk kelas kami...huhu..dia tanya aku, almaklumlah aku ni suke dok depan2 kelas...tatau la nape, dah terbiasa kalik kan...huhu....dia tanya sapa lecturer untuk math, aku pun tataw le..huhuhu...then banyak gak la dia tanya aku pun dah lupa lo...sekali pas tu dia suruh class diam n introduce himself...laaaa dia upenye lecturer math kami....hehehehe....aku ingatkan student baru mana la tadik, ada gaya student upenye...kikikiki...
tu dia kami punya buku...hehehe...aku beli buku ni ngan senior je...pakej, buku math, economy n ctu. aku sayang gile ngan buku eco tu.....fav subject pula tu...huhuhuhu
balik pada citer math ni, mots of my fren merungut ngan lecturer ni, tak paham dia ajar....hehehe...no comment, actually aku pun cam bingung2 time dia ajar...bila pk pk balik, university style...len cara ngajar nye..bukan cam time kita dak dak skool dulu, cg explain nak gile than bagi latihan suruh buat, esok hantar....kami kena bagi latihan but as assignment, tapi for me, aku tatau pe benda assingment tu, maklumlah baru part 1 banyak benda yang aku tatau...hehehehe....

nun di atas bukit

Uitm... kalo sape2 nak kuruskan badan, apply la UiTM kampus Sabah...aku berani jamin boleh kurus kalo everyday dia rajin pergi kelas...hehe... Start dari pagar nak pergi hostel, naik bukit...then kalo nak pergi library, naik lagi bukit, then naik bukit lagi untuk ke Pusat Islam n last daki la anak tangga yang bersusun tu...aku dah lupa berapa anak tangga yang ada...yang aku yakin dan pasti more than 1oo...
wow...everyday plak tu pergi kelas...memang boleh ramping u tak yah makan apa2 product kuruskan badan.... Kalo time part1 most of my classes kat atasu bukit sana...atau lebih dikenali sebagai fasa 3...aku orang paling terawal sampai kelas...buka apew malas mo berebut ma...dari hostel pergi library aku naik bas aje..tak der nye aku nak rajin2 berjalan...penat seyh, nanti kena daki lagi anak tangga 1oo tu...oh tidak..... biasanya elok je masuk kelas pagi tu, kompom berpeluh2 kami ni...kuikuikui....kalau kawan aku yang semangat sikit badan tu, mak aih abis basah baju dia....huhuhu....tapi bila dah lama2...its okey for me..alah bisa tegal biasa kata orang kan...

Monday, November 24, 2008

Saya ada belon

Saya ada belon
Belon saya besar
Kalau tidak besar
Bukan belon sayaNi lagu favourite fatin...
selalu dia nyanyi...
hahahaha


MMS (3)

Time MMS ni aku ada geng...4 of us. aku, mus (roomate aku), fatin (kawan yang aku jumpa dalam bus merangkap coursemate aku) n last one is mimi. aku pun tatau cane mimi leh masuk join kitorang...kikiki...sorry mimi, i really forrgot o...tapi yang pastinya mimi coursemate mus...so skang seri la...2-2. ada geng....hehe...
macam biasa, nothing to do accept litsening to ceramah2 yang diberi...hoho...udah le penat, campur mengantuk lagi...adoi...aku nak tidooooo....huhuhuhu....sampai ke satu tahap aku dah tak tahan gile mata aku tertutup la jugak, terlena lagik u....dah la duk barisan depan kerusi nombor 2 dari pentas ...ekekeke....kompom penceramah tu tgk aku yang lena diulit mimpi...kiut la kunun...cam baby....lena teramat...hahaha....sekali datang la si kakak yang suka marah2 orang tu, sorry i forgot her name, bagus gak nanti karang kalau tertulis kat sini, dia terbaca plak, naya aku...hoho...dia kejutkan aku....ayat dia yang paling aku ingat....o kamu tidur ya....bangun, duduk, bangun, duduk. hehehe...muka aku slumber popeye je time tuh...hahaha...rupa2nya minah kat sebelah aku tu, si fatin tido juga....ada geng rupanya aku. tido berjemaah lagi tu, bagus betul...ahakz....sorry la kak aku ngantuk gile tahap dewa time tu. apa boleh buat la kan...hehehe

petang lak bergegas kami tukar baju kurung kepada sport wear...ada riadah la kununnya...hehe...tapi tatau la apa yang kami kena buat tu...huhu....tapi kira orait la kan at least ada gak aktiviti luar dewan. syik dok dalam dewan je...mak aih ponat eden walaupun juz duduk2 kan...huhuhu....kami belajar tarian poco-poco...aisyeh, depa cakap senang tapi berpusing2 gak aku nak ingat dia punya step...boleh tahan gak pening aku nak ikut step dia tu...huhuhu....tapi enjoyyyyyyyyyy la jugak...heh heh

Sunday, November 23, 2008

MMS (2)

Nothing spesel bout MMS....segala2nya memenatkan...dengar ceramah kat dewan, sampai waktu beratur panjang2 sejibik cam dak2 tadika...naik bas pergi makan kat dewan makan kat hostel...hoho....lepas tu beratur lagi panjang2 naik bas pergi dewan. pastu kena marah2 lagi...cepat cepat cepat...hoho...sikit2 nak marah. sikit2 nak marah. bengangnye aku kat akak2 ni Tuhan ajelah yang tau. Ada sorang akak tu yang dah kena label ngan kitaorang sebabnya suka jerit2. agaknya teringin nak jada tarzan la tu tak lepas...huhuhuhu...then pas makan petang, kami jalan ramai2 pergi Pusat Islam atau lebih dikenali sebagai PI. mak aih boleh tahan jauhnye...atas bukit lagi...huhu...penatnya tuh...
malam2 plak pergi balik ke dewan...ceramah lagi...langsung tak kena bagi can masuk bilik, n kami tak mandi tentunya...wangi sey...apa boleh buat kan....dah la balik lewat2 malam..penat............rasa cam nak jerit je...penatttttttttttt........hoho....letak aje kepala atas bantal terus tido...belum pun abis ngantuk dah dengar bising2 apekebenda ntah...rupanya depa kejutkan kami suh bangun. gile, baru kul 3 pagi. nak wat pe...huhuhu...penat lom ilang dah kena bangun...sakitnya ati....berkejar aku mandi, itupun kena marah jugak. sape suh kamu mandi ? begitu begini ? dan lain2....bising je....cepat2 aku berkejar turun beratur ramai2 jalan pergi pi. ye adik2 kita akan pergi pi. bagus2 kamu ya. huhuhuhu...nyampahnya aku...kat surau, kami wat solat sunat...huhuhu...elok pas wat solat sunat aku landing n terus tido. peduli la depa nak cakap ap aku dah ngantu. best plak tido dalam kain sembahyang...dah la sejuk...kikikiki...bukan aku je...ramai gak yang tido, mujur kakak pm yang ni baik. ni wat aku sayang sangat kat dia ni...hehehe

Minggu Mesra Siswa (MMS)

Minggu Mesra Siswa....ui...penat seyh...seminggu...dan semuanya dalam dewan....ya ampun tolongla...rasa cam nak gila...tapi bila dikenang kembali betapa indahdan lucunya saat2 itu...kuikuikui....
first pendaftaran, dan disinilah aku dapat sorang kawan...namanya...tak ya ctaw tapi cukupla aku panggil dia ngan nama Mus. Abah aku tunggu kat luar, maklumlah dah penuh sesak dia pun penat gak...huhu...aku pun okey je la kan...bila dah setel kami ambil semua barang naik bas p daftar kat hostel plak...mak aih jauh upenye dewan ngan hostel ni, naik bukit lagi...kalo aku jogging everyday kompom ramping bak kerengga kan...hahaha...
dalam bas tu aku dapat lagi sorang kawan. namanya fatin from kelantan...hihi...aku ni jenis yang ramah konon so macam2 aku cerita...tapi minah ni wat derk je....alahai jadi radio buruk la aku nampaknya...hehe...
tak lama pun perjalanan tu, lebih kurang 5 minute kot im not so sure syok sangat berkenalan ngan kawan baru...hahaha...sampai kat hostel, setel pendaftaran aku pun angkut la suma barang2 aku p masuk bilik. No bilik aku time tu Cluster A3215. Block 3 Aras 2 Bilik Nombor 15. Rupanya2 aku sebilik ngan Mus. Kawan baru aku tu. Sonot la juga coz dah kenal kan. hehe..dah sempat berkenal2an pun kami. hihi...
pening gak kami mencari2 kedudukan bilik...uinah...berbelit2...cian abah aku...hoho...abah aku antar aku sampai ke bilik...sempat la dia tgk keadaan bilik tu cana kan....tempat anak dia nak menginap...hehe...then kami p beli bantal n barang2 keperluan lain kat koop bawah then abah aku cakap dia dah nak balik. sedihnya aku. huhu. pasni tak der can nak jumpa abah aku lagi. padahal abah aku lama gak kat Sabah. 2, 3,4 hari gak kot. aku lupa la...huhu...tapi disebabkan kami ni kena kuarantin, kes MMS so tak dapat nak jumpa abah aku...wa....cedeynye...huhu...pas2 salam ngan abah aku, abah aku bagi money ckit n kami pun berpisah. Aku plak ngan agenda seterusnya. Mana boleh rehat ada aktiviti lagi kat dewan tu...huhuhu

jalan2 cuci mata

uinahhhh....penat seyh...aku rasa macam nak tido je...huhuhu....tapi malam ni abang Faizal n Kak Ya n dak kecik yang comel lagi kiut tuh, Fawwaz ajak kami dinner sama2. Dia belanja...rezeki tu, kami pun ngah lapar gilew tahap dewa..huhu...Jam 8 malam, dorang datang n kami makan kat restoran sempelang...kalo tak silap aku la..aku lupa la nama restoran tu...makanan dia sama gak macam kat semenanjung, cuma yang spesel, setiap makanan depa ada sup...hihihi...
Pas makan, depa minta diri coz abang Faizal ada kerja syif malam. n malam tu gak, yang aku ingat Konsert Akademi Fantasia yang ke 4. Mak aih ramai gile orang kat restorang tu juz nak tgk konsert tu...huhu...aku n abah aku teringin gak nak tgk tapi aku rasa cam nak g jalan2 dulu...so kitorang merayap la dulu malam tu...mencari pasar la kunun...hihi..at first kami masuk dalam shopping complex yang lepas beberapa bulan dok kat Sabah baru aku perasan shopping complex yang aku masuk tu namanya Cetre Point...hihi..mana kitorang perasan malam, men redah ajelah..hihi

jalan punya jalan....kami jumpa la tempat yang macam pasar....dalam ati aku, depa ni berniaga malam2 rupanya...hehe...macam2 ada kat situ...sebijik cam pasar malam la.kami belikan mi aku kain batik...cantik sangat coraknya, indon mali o...abah aku borong banyak gak aku tengok butang baju melayu...kikiki...aku plak tak kisah la...sebab aku pun lama lagi kat sabah kan....so bila2 pun boleh shopping...hehehe....penat pusing satu pasar tu kami balik hotel...dua2 terlena kepenatan...hoho

Sabah

At first aku dengan selamba je cakap ngan abah aku, tak pe aku boleh pergi Sabah sendiri. Tapi abah aku tak bagi...risau seyh...bukannya dekat, jauh tu...ala2 oversea gtu kan...hikhik...n aku lupa berapa hb tapi bulan 7 aku ditemani abah aku berangkat ke Sabah...family n saudara2 aku hantar aku kat airport....n sampai kat Sabah, dun worry nanti ada je pihak UiTM sana amik kami kat airport....
Ni airport baru...yang lama punya taderk dalam simpanan aku...huhu...barang yang aku bawa nak g Sabah banyak gila, sampaikan mak aku tanya, kat sabah tak der jual ke barang2 ni semua...hihihi...ntah nye aku ni kalo boleh macam satu rumah aku nak angkut...kuikuikui...

Kat airport memang betul pun, ada la dorang dari UiTM datang amik kami n hantar p hotel tempat kami menginap. Ada sorang pak cik n sorang abang yang quite encem la...hikhik...kami naik van UiTM. On da way p hotel tu sempat abang tu tanya aku amik course apa. Bila aku ctaw, rupa-rupanya abang tu senior aku...dia dah part 4 dah time tu. Nama dia ?
Usah cakap la...malu...kikikiki...Dia tanya aku dari mana. Aku jawab la Terengganu. Terus dia cakap...owh...orang Faizal la ni kan...aku ngan abah aku terpinga2...ui camana dia kenal Faizal. Faizal tu anak kawan abah aku yang tinggal kat Sabah. Malam ni dia sekeluarga akan belanja kami. Glamour juga abang Faizal ni ea sampai abang ni pun boleh kenal dia...uinah...Rupa-rupanya Faizal yang dia maksudkan Faizal AF la...hahahaha...kitaorang mana de tgk AF....tapi tau la mamat Faizal yang dok kat marang tu....hikhikhik

UiTM


Wow....dapat tawaran masuk U.....yeeehaaaa..............beznya...UiTM...

Course : DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN

Fakulti hotel dan pelancongan....

Pengurusan pelancongan ? hahaha...lucunya...aku tataw nak accept atau tak..

nak nak UiTM KAMPUS KOTA KINABALU....mak aih jauh tu....hahahaha
at first aku tanya suma orang...termasuklah mack cik aku...pendapat depan tentang course yang aku dapat sebabnya actually aku minat dalam bidang kaunseling tetapi tiba2 dapat lak bidang pelancongan yang aku tau mesti budak2 dia bergaya sakan...huhu...n aku ? bukan jenis yang cenggitu. aku ni sempoi je...slumber popeye je...dressing lak, suke ati aku...heh heh...
bincang ngan parents, auntie, jumpa kaunselor, comments from all members...at last aku agree n my dad dah beli tiket kapal terbang....hoho...tapi AIR ASIA
only la..hikhik....


sekapur sireh

Blog aku
tentang kisah aku
segalanya2 kisah aku
semuanya tentang aku
kenangan
cerita
pengalaman
semuanya tentang aku...
sekadar coretan
mengukir kenanganku
kerana
aku tahu
satu masa
aku tentu merindu saat itu
semua yang buat aku tersenyum