Semua yang berlaku ada hikmahnya. Ya....semua yang berlaku itu ada himahnya tapi aku aje yang tak nampak. Aku takut juga bila daftar lewat. Yalah aku kan budak baru. So, skema lagi. Hahaha...kalau pendaftaran tu harini, so aku kena buat pendaftaran tu hari ni juga. Tak boleh esok atau lusa.
First thing sebaik sahaja aku sampai kat UiTM aku pergi unit kolej. Tercungap-cungap aku beritahu masalah aku, miss flight. Takut betul aku. Padahal tak ada apa-apa pun. Okey je. Time tu ada sorang akak kat situ. Dia pun baru sampai juga. Tiba-tiba aje dia cakap dengan person in charge tu nak sebilik dengan aku. Dalam hati aku. Matilah aku. Akak ni la yang aku takut sikit ni. Dia senior aku. Aku takut sebab muka akak ni cam serius je. Lagi satu sebab dia ni lah yang panggil aku time practice dikir n suruh aku buat ulang-ulang step tu. Aku memang tak reti buat step tu. Hehe.
Aku ambil semua barang aku dan masuk dalam bilik. Mak aih, banyak gak barang akak ni. Owh, bukan barang dia aje, barang kawan-kawan dia pun ada sekali coz kawan-kawan dia tak dapat hostel. So agak sarat la bilik aku ngan barang-barang aku sendiri yang sememangnya banyak dan barang akak tu juga barang kawan-kawannya.
Sepanjang waktu mengemas tu, aku diam aje. Ye lah aku ni pemalu orangnya. Hahahaha. Sebenarnya bukan pemalu tapi aku takut dengan akak tu. huhuhu. Dah lah dia tu senior aku kan. Pastu kawan-kawan dia lagi, selalu lepak bilik aku. Kawan-kawan dia tu merangkap senior-senioe aku yang aku tak berapa nak kenal. Maklumlah, aku time tu part 2 dorang pula part 4. 2 sem beza. So tak kenal sangat la.
Akhirnya aku dapat suaikan diri dengan roomate aku. Kak N. Now, bagi aku Kak N memang best la. Memang betul-betul kakak yang baik. hehehe. Ambil berat pasal aku dan kami banyak bercerita. Nak-nak dia senior aku, so dah kenal ramai lecturer. Jadi dari situ aku tahu banyak kisah yang berlaku dalam fakulti kami.
Aku realize, tulah hikmahnya aku miss flight. Aku dapat sorang kakak yang penyayang n best gileeeee..........

No comments:
Post a Comment