Wednesday, December 10, 2008

enjoy account

aku dah ada junior....hahaha...kira okey la tu kan....tak banyak kisah best time part 2...cuma, aku rasa agak tertekan...ye la bila naik part, rasa macam makin susah belajar...huhuhu...normal la kan. subject paling aku suka, of course mandarin. n aku rasa insyaAllah aku boleh score untuk itu. huhu. lagi ? of course account....hahahaha...tiba-tiba aku suka account...sebabnya ? memang dah jenis aku kot, benda yang orang tak suka tu la aku akan suka n akan aku buktikan bahawa aku boleh dapat A...hahaha...sebabnya most of my classmate hate account...kikikiki....actually account ni tak sesusah yang disangka, perlu banyak latihan datz all....aku rasa lagi enjot study account sebabnya aku boleh study dengan lagu...kalau subject membaca yang lain, aku perlukan ketenangan dan kedamaian....hehe...tapi account yang kami belajar juzt basic je...memang le tak susah nak compare ngan budak account kalah le aku...hehe....
banyak gile nota-nota n latihan-latihan accoun dalam simpanan aku...sumanya kak n punya...jadi rajin la aku buat latihan...gpun practice make perfect n seriously i enjoy doing it...hehehe...alhamdulillah, most of markah yang aku dapat during tez n quiz quite good la...ada yang dapat full mark lagi. berkat aku belajar...Alhamdulillah
tapi....time exam aku tak dapat jawab.....................huhuhu....napeeeeeeeee ??????????? ntah la aku pun tatau la nape...mungkin aku ada melakukan kesilapan yang aku tak sedar...kak n pun tak caya bila aku gtau yang aku tak leh buat....dia kata aku tipu...betul aku tak tipu memang aku tak leh buat...aku kira tak balance pun, aku pun tak mengerti apa yang terjadi pada diriku...huhu....pas exam aku balik bilik terus aku tidur....tensioooonnnnnnnn

Sunday, December 7, 2008

Aku dan roomateku

Semua yang berlaku ada hikmahnya. Ya....semua yang berlaku itu ada himahnya tapi aku aje yang tak nampak. Aku takut juga bila daftar lewat. Yalah aku kan budak baru. So, skema lagi. Hahaha...kalau pendaftaran tu harini, so aku kena buat pendaftaran tu hari ni juga. Tak boleh esok atau lusa.
First thing sebaik sahaja aku sampai kat UiTM aku pergi unit kolej. Tercungap-cungap aku beritahu masalah aku, miss flight. Takut betul aku. Padahal tak ada apa-apa pun. Okey je. Time tu ada sorang akak kat situ. Dia pun baru sampai juga. Tiba-tiba aje dia cakap dengan person in charge tu nak sebilik dengan aku. Dalam hati aku. Matilah aku. Akak ni la yang aku takut sikit ni. Dia senior aku. Aku takut sebab muka akak ni cam serius je. Lagi satu sebab dia ni lah yang panggil aku time practice dikir n suruh aku buat ulang-ulang step tu. Aku memang tak reti buat step tu. Hehe.
Aku ambil semua barang aku dan masuk dalam bilik. Mak aih, banyak gak barang akak ni. Owh, bukan barang dia aje, barang kawan-kawan dia pun ada sekali coz kawan-kawan dia tak dapat hostel. So agak sarat la bilik aku ngan barang-barang aku sendiri yang sememangnya banyak dan barang akak tu juga barang kawan-kawannya.
Sepanjang waktu mengemas tu, aku diam aje. Ye lah aku ni pemalu orangnya. Hahahaha. Sebenarnya bukan pemalu tapi aku takut dengan akak tu. huhuhu. Dah lah dia tu senior aku kan. Pastu kawan-kawan dia lagi, selalu lepak bilik aku. Kawan-kawan dia tu merangkap senior-senioe aku yang aku tak berapa nak kenal. Maklumlah, aku time tu part 2 dorang pula part 4. 2 sem beza. So tak kenal sangat la.
Akhirnya aku dapat suaikan diri dengan roomate aku. Kak N. Now, bagi aku Kak N memang best la. Memang betul-betul kakak yang baik. hehehe. Ambil berat pasal aku dan kami banyak bercerita. Nak-nak dia senior aku, so dah kenal ramai lecturer. Jadi dari situ aku tahu banyak kisah yang berlaku dalam fakulti kami.
Aku realize, tulah hikmahnya aku miss flight. Aku dapat sorang kakak yang penyayang n best gileeeee..........

Air Asia vs MAS

Citer ni sambung dari miss flight....



Bila dah jadi macam tu, aku tak boleh nak salahkan sape-sape. Mak cik aku cakap, dia tak tahu coz dia mana penah naik flight. Penah pun ikut trip. Umrah dulu. Tu pun ikut je arahan orang. Orang suh datang time tu, time tu la dia datang. Mana dia nak tahu kena check in bila. Silap aku juga tak bagitahu. Itulah, kata orang kalau benda dah nak jadi kan. Tak leh nak kata apa la. Hehe. Bila dah habis nangis aku pergi ambil duit. Mujur PTPTN aku ada lagi sikit. Boleh la guna lagi untuk beli tiket baru.
Aku naik tingkat atas kat kaunter. Niat di hati nak beli tiket baru. Tapi kaunter Air Asia cam taderk orang je. Yang ada sorang staff itupun kat kaunter MAS. Aku pun satu gak, p tanya lelaki tu pasal tiket Air Asia. Of course la dia jawab tak tahu. Alang-alang aku dah ada kat situ, aku tanya la sekali about student price. Kena buat kad, ada fee...ape mende ntah lagi. Aku pun dah lupa. Nyampah nye aku kat lelaki tu, perasan hensem gamaknya. Sombong nak mampus. Sorry kasar bahasa aku. Tapi time tu memang aku bengang sangat. Rasa cam nak cincang-cincang aje mamat tu. Mentang-mentang kerja kat MAS bajet bagus la KUNUN. Nak aje aku cakap 'patutlah MAS nak bankrup, gini rupanya cara staf dia melaya customer.' Mentang-mentanglah aku ni student, miskin lagi tu, selamba popeye je buat aku cenggitu. Aku story kat mak cik aku. Mak cik aku diam je. Second time aku naik lagi nak beli tiket Air Asia. Lepas beli, aku suruh mak cik aku tanya kat kaunter MAS tu fasal student card tu. N mak cik aku mengiakan memang staff tu sombong.
Aku rasa macam nak aje transfer. Taknak duduk kat Sabah dah. Penat. Penah dengan duit belanja yang banyak. Aku kesian kat abah aku. Siang malam kerja buat aku dan family. Aku lagilah, untuk flight je dah kena spend RM 600 pergi balik. Huhu. Tapi mak cik aku cakap 'ni dugaan. takkan nak mengalah. Kalau aku transfer maknanya aku tewas. Tewas dengan masalah.' Entahlah. Aku pun tak pasti. Kata mak cik aku lagi, aku kuat. Kuat sebab mak cik aku nak keluarkan duit dia separuh untuk beli tiket baru tapi aku tak nak. Aku ada duit lagi n aku pakai duit aku sendiri.
Aku mesti kuat. Ya....aku akan dapatkan kejayaan untuk mi dan abah aku. InsyaAllah

Miss flight

Nak murah punya pasal. Aku amik flight dari JHB-BKI. TGG-JHB naik bas udah le. Save la kunun2nya. Hehe. Aku pergi JB raya Adiladha. Mean, aku buat kedua kalinya aku tak sempat gak nak raya ngan family. Tapi Raya Aidiladha je, so tak kisah sangat la. Dalam masa yang sama aku nak jumpa kengkawan lama SK Kg Pulai. Rindu seyh. Aku sempat ngan dorang setahun time aku darjah 6. Sampai la umur aku 18 tahun tak jumpa dorang. Ui...rindu usah cakap. Mesti macam-macam cerita ada. Hehe.
Menitis air mata aku bila jumpa ngan Yan. Ya ampun, tak sangka aku dapat jumpa dorang balik. Aku jumpa Yan time tu kat dewan. Kg dorang naik air. Banjir. Hahaha...cian...So dorang diberikan suntikan. Yan ni muka dia sejibik cam muka kazen aku. Kat situ juga aku jumpa ngan Bilah. Dah jadi isteri orang mak cik ni. Haha. Then aku pergi rumah Fizah, Zubaidah, rumah Anis, Rosnah, Rosaini, Cg Hawa. Sukanya aku dapat jumpa dorang balik. Macam-macam cerita yang kami bualkan. Cuma aku sedikit terkilan sebab tak dapat jumpa best fren aku, Ekin. Ekin tak dapat balik coz tiket bas tak de. Nak buat cane tak de rezeki aku nak jumpa dia. Huhu.
Esoknya aku akan balik Sabah. Pagi-pagi lagi mak cik aku kejutkan aku. Mak cik aku cakap 6.30 nak bertolak dari rumah pergi airport. Rumah dengan airport tak jauh pun. Flight aku pukul 7.30. Aku diam je, tak kata apa. Kira okey je la dengan cadangan mak cik yang nak anta aku kat airport pukul 6.30 pagi.
Sampai kat airport aku tengok sekeliling, lengang je...huhu...ada satu kaunter yang dah close. Tapi aku pergi je sana. Peduli la close ke tak. Aku tanya tapi...........aku tak leh check in lagi sebab aku dah lewat..mak........aku rasa macam nak nangis aje. uwaaaaaa.....memang dah nangis pun. Esok pendaftaran start. Aduh camana ni. Aku minta gak ngan akak yang jaga counter tu, n dia cuba call n tanya n keputusannya memang menyedihkan. Tak dapat. Alahai.....sedihnya campur tak tau nak buat apa.

Result...

Alhamdulillah....result aku boleh tahan. Aku dapat DL. Sukanya aku....Most of subject aku dapat A. Kalau nak listdown balik, aku lupa la....huhuhuhu....
Tapi result aku ni buat aku terfikir banyak kali. At first aku nak tukar course, tapi aku realize bila aku dah study n masuk bidang ni aku rasa macam enjoy la plak...hahahaha. nak nak bilaaku dapat DL. Rasa cam sayang la plak kalo nak tukar course. Lagipun aku senang ngan senior-senior aku yang baik n ambil berat tentang kami. We are family. Yes....itu kami. Apa yang berlaku kamu akan hadapi bersama. Hadapi dengan tenang. Paling best, start aku rapat dengan kakak-kakak senior, aku dah tak pernah beli buku rujukan lagi sebabnya semuanya turun temurun dari depa. Hehe. Tu yang best tu. Nanti buku-buku tu aku pulak akan bagi kat adik-adik junior...okey la tu...save budget...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dulu....masa semua kawan-kawan dapat tawaran pergi matrix aku sedih sangat....bila keluar tawaran untuk ke maktab aku lagi sedih sebab aku nak sangat jadi cikgu...tapi aku tak dapat offer tu. Kawan aku dah cakap awal-awal lagi, kalau setakat SPM 5A payah nak dapat offer tu. Dia offer kat budak-budak 8A, 9A, 10A....sedih bila kawan-kawan dah buat preparation untuk sambung belajar. lebih terasa sebab time tu aku join English Class kat Kusza...most of my friend got offer to further their study. Then keluar pula result untuk temuduga untuk kursus-kursus tertentu. Aku pun ada gak apply kursus yang ada temuduga. Sama juga. Tak dapat. Alahai sedihnya. Huhu....n akhirnya keluar keputusan kemasukan ke ipta. Bila check aku dapat tawaran ke UiTM...malas nak cite panjang-panjang pasal ni coz aku pernah story bout that before this.
Teringat lagi, dulu masa kawan-kawan sibuk dengan persiapan masing-masing nak sambung study. Abah cakap kat aku, nanti kalau kena belajar kat Sabah camana ? Jawapan aku, slumber je....naaaaakkkk sangat. boleh naik gunung Kinabalu. Hehe. Tak balik 3 tahun pun tak apa. Uinah slumber badak je jawab. Tak balik 3 tahun tu. Abah aku diam je dengar jawapan aku. Abah aku ni instinct kuat. Huhu.
Then now aku akhirnya berada di Sabah. Negeri bawah bayu. Jauhhhhhh dari keluarga tersayang. Sendiri aku di perantauan. Wah, jiwang karat la pulak. Bulan Ramadhan tiba. Tak terasa sangat, sebabnya aku sibuk dengan tugas-tugas seharian sebagai seorang pelajar. Bz....tak sempat nak pk apa pun. Tapi syahdu juga bila dengar lagu raya.....tapi aku boleh tahan lagi. Kuat semangat kunun. haha.
Hari raya tiba. Aku beraya kat rumah Mus. Tidak sendiri, aku bersama Fatin. Mus dan keluarga pun orang semenanjung. Dah lama stay kat KK. So, hari raya depan kat umah je tak pergi mana-mana. Cumanya diaorang ada buat rumah terbuka la. Okey la juga kan.
Raya pertama. Aku dalam bilik aje. Sedihnya. Tuhan aje yang tahu. Rasa macam nak nangis. Aku call mi n abah aku. Ya ampun....syahdunya. Minta maaf dalam tepon je, dan aku nangis....uwaaa......sedihlah raya tanpa family ni. Huhu. Pagi raya, pak cik kerja. Depa siap-siap pakai baju cantik-cantik. Bersalam-salaman. Lama aku salam mami. Peluk lagi. Menangis aku dalam pelukan mami. Ya ampun.....sedihnya. Lama betul. Fatin je yang happy semacam aku tengok. hahaha...pandai minah ni sorok perasaan. Aku tak boleh la. Padan muka aku, dulu kemain cakap besar. Nak duk kat Sabah 3 tahun tak yah balik-balik. N now, di pagi raya...terkenang daku pada kampung halaman...dan nangis teresak-esak...kikikiki
Aku berkurung dalam bilik. Niat dihati aku tak nak turun. Aku nak tidur je sepanjang hari. Jadi aku takkan terasa apa-apa kan. Tapi, kakak n adik naik suruh aku turun makan. Aku cakap sat g aku turun. Then, Kiza pula naik, panggil aku mami suruh makan dia cakap. Aku jawan. Ok sat g aku turun. Last sekali si fatin naik. Suruh turun dan makan. Dia berdiri depan pintu bilik sampai aku turun. Alahai, ye lah aku mengalah. Aku turun dan makan. Makan pun cam nak tak nak je. Then aku tengok tv. Macam-macam Aznil. Time tu dia artis jemputan Faizal AF. Apa lagi berabis aku ketawa. Lucu la plak dengar Si Faizal ni pekat je loghat dia. hehe....at least dia dah buat aku ketawa di hari raya....

Kenangan Terindah

Kenangan Terindah
Artist:
Samsons

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tleah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu
Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...Kau lah cinta sejati
Ooh...
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Ooh...
Ni lagu favourite Fatin....tiap kali masuk bilik aku mesti mintak aku buku lagu ni...bosan aku...hehehe....sorry ya Fatin aku ni jenis yang tak suka dengar lagu ulang-ulang...nanti aku bosan.,...tapi dah dia suka aku nak kata apa....tapi actually lagu ni okey je...dan yang pasti bila aku dengar lagu ni orang pertama yang aku ingat, sape lagi kalau bukan Fatin.