Dulu....masa semua kawan-kawan dapat tawaran pergi matrix aku sedih sangat....bila keluar tawaran untuk ke maktab aku lagi sedih sebab aku nak sangat jadi cikgu...tapi aku tak dapat offer tu. Kawan aku dah cakap awal-awal lagi, kalau setakat SPM 5A payah nak dapat offer tu. Dia offer kat budak-budak 8A, 9A, 10A....sedih bila kawan-kawan dah buat preparation untuk sambung belajar. lebih terasa sebab time tu aku join English Class kat Kusza...most of my friend got offer to further their study. Then keluar pula result untuk temuduga untuk kursus-kursus tertentu. Aku pun ada gak apply kursus yang ada temuduga. Sama juga. Tak dapat. Alahai sedihnya. Huhu....n akhirnya keluar keputusan kemasukan ke ipta. Bila check aku dapat tawaran ke UiTM...malas nak cite panjang-panjang pasal ni coz aku pernah story bout that before this.
Teringat lagi, dulu masa kawan-kawan sibuk dengan persiapan masing-masing nak sambung study. Abah cakap kat aku, nanti kalau kena belajar kat Sabah camana ? Jawapan aku, slumber je....naaaaakkkk sangat. boleh naik gunung Kinabalu. Hehe. Tak balik 3 tahun pun tak apa. Uinah slumber badak je jawab. Tak balik 3 tahun tu. Abah aku diam je dengar jawapan aku. Abah aku ni instinct kuat. Huhu.
Then now aku akhirnya berada di Sabah. Negeri bawah bayu. Jauhhhhhh dari keluarga tersayang. Sendiri aku di perantauan. Wah, jiwang karat la pulak. Bulan Ramadhan tiba. Tak terasa sangat, sebabnya aku sibuk dengan tugas-tugas seharian sebagai seorang pelajar. Bz....tak sempat nak pk apa pun. Tapi syahdu juga bila dengar lagu raya.....tapi aku boleh tahan lagi. Kuat semangat kunun. haha.
Hari raya tiba. Aku beraya kat rumah Mus. Tidak sendiri, aku bersama Fatin. Mus dan keluarga pun orang semenanjung. Dah lama stay kat KK. So, hari raya depan kat umah je tak pergi mana-mana. Cumanya diaorang ada buat rumah terbuka la. Okey la juga kan.
Raya pertama. Aku dalam bilik aje. Sedihnya. Tuhan aje yang tahu. Rasa macam nak nangis. Aku call mi n abah aku. Ya ampun....syahdunya. Minta maaf dalam tepon je, dan aku nangis....uwaaa......sedihlah raya tanpa family ni. Huhu. Pagi raya, pak cik kerja. Depa siap-siap pakai baju cantik-cantik. Bersalam-salaman. Lama aku salam mami. Peluk lagi. Menangis aku dalam pelukan mami. Ya ampun.....sedihnya. Lama betul. Fatin je yang happy semacam aku tengok. hahaha...pandai minah ni sorok perasaan. Aku tak boleh la. Padan muka aku, dulu kemain cakap besar. Nak duk kat Sabah 3 tahun tak yah balik-balik. N now, di pagi raya...terkenang daku pada kampung halaman...dan nangis teresak-esak...kikikiki
Aku berkurung dalam bilik. Niat dihati aku tak nak turun. Aku nak tidur je sepanjang hari. Jadi aku takkan terasa apa-apa kan. Tapi, kakak n adik naik suruh aku turun makan. Aku cakap sat g aku turun. Then, Kiza pula naik, panggil aku mami suruh makan dia cakap. Aku jawan. Ok sat g aku turun. Last sekali si fatin naik. Suruh turun dan makan. Dia berdiri depan pintu bilik sampai aku turun. Alahai, ye lah aku mengalah. Aku turun dan makan. Makan pun cam nak tak nak je. Then aku tengok tv. Macam-macam Aznil. Time tu dia artis jemputan Faizal AF. Apa lagi berabis aku ketawa. Lucu la plak dengar Si Faizal ni pekat je loghat dia. hehe....at least dia dah buat aku ketawa di hari raya....

No comments:
Post a Comment